Iklan sudah

Sunday 29 March 2009

pantun lucu!!!

ya...berjumpa kita lagi dalam rancangan berbalas pantun.ok kali ini 2 lagi sekolah akan bertanding utk menunjukkan power masing2.Tanpa berlengah lagi,saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasadan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham soalan).Tepuk tangaaaaaannn!!!
ok round pertama,SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB.
Silakan peserta pertama.
peserta pertama SKTFS:
"Dengar ye...kura-kura dalam perahu
pisang emas di bawa belayar
bolehkah saya ingin tahu
kenapa kura2 dalam perahu?
Jawapan dari peserta SKTFB:
"dengar ye jawapan saya....
Sudah gaharu cendana pula
Masak pisang di atas peti
Dengarlah ini jawapan saya
Perahu itu sapa yg beli?
ye...itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua boleh jual pantunnya
peserta kedua SKTFS:
Gunung daik bercabang tiga
Buah cempedak di luar pagar
Pada tuan saya ingin bertanya
Kenapa gunung daik bercabang tiga?
Jawapan dari SKTFB:
"Buai lajulah laju
Sampai pohon senameh ler dengar jawapanku
rumah awak ada buah cempedak ke?
nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya.
peserta ketiga SKTFS:
"ambil galah tolong jolokkan
paku dulang paku serpih
saya di sini inginkan jawapan
kenapa dulang ada paku?
jawapan dari peserta SKTFB:
"KAlau ada jarum yg patah
jangan di simpan dalam peti
kenapa awak nak ambil galah
semua pokok belum berbuah lagi!
ye...itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round kedua iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya
peserta pertama SKTFB:
"Burung terkukur hinggap di pokok
burung merpati hinggap di kepala
kepada saudara saya ingin bertanya
kat rumah awak ada bela burung tak?
Jawapan dari peserta SKTFS:
"anak kucing mengiau manja
mengiau manja tandanya lapar
Dengarlah ini jawapan dari saya
semalam saya baru beli selipar
ye..begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba giliran peserta kedua
Peserta kedua SKTFB:
"Air tenang jangan tak disangka
Ada naga duduk berendam
saya ni teringinlah nak tahu
nenek awak sapa nama?
jawapan peserta SKTFS:
"duduk menyimpuh si ibu tua
menunggu anak tak pulang2
kepada saudara yg tlh bertanya
saya tak suka kucing belang
tepuk tangan!tepuk tangan...ok giliran perserta terakhir menjual pantunnya
peserta ketiga SKTFB:
"anak pak kadak rajin membaca
anak pak kaduk rajin berdengkur
dengarlah ini saya punya soalan
lauk apa jadi kesukaan awak?
jawapan peserta SKTFS:
"sila dengar...Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Saya beri jawapan pada awak
Saya tak suka tengok cerita hindustan
ye..begitulah tadi acara berbalas pantun dari 2 buah sekolah yg sebenarnya tak diundang.Baiklah keputusan sudah ada di tangan saya.Maka dgn ini pemenang acara berbalas pantun peringkat sekolah pondok telahdimenangi oleh....eh saya ke?..haah lah saya menang...yeeeeh.....
ye pemenangnya adalah saya sebabgai pengacara terbaikacara berpantun yeehhh....ambil hadiah sendiri!sekian,terima kasih

Saturday 28 March 2009

sahabat!!!!
Melalui secarik kertas ini ingin aku lukiskan lewat kata-kata arti dari sahabat. Sahabat tidak hanya sekedar teman biasa, bahkan terkadang sahabat lebih dekat dengan kita daripada sanak saudara.
Kita selalu ingin sahabat ada disamping kita baik dalam kondisi suka maupun duka. Sahabat tempat berkeluh kesah tatkala ada masalah seperti lirik group Band Padi “Sobat sungguh aku tak mengerti mengapa ini terjadi….”
Sahabat juga tempat berbagi canda dan tawa ketika gembira serta kita ingin untuk selalu diingat oleh mereka persis seperti kata Peterpan “ ingatkah ku semua wahai sahabat…”
dan tidak ketinggalan pula Nidji yang berkata “katakan pada dunia arti sahabat…”.
Bahkan ada yang sampai mengatakan makan ngga’ makan asal kumpul… Mungkin ini sebagian orang memaknai arti dari seorang sahabat.
Namun bagiku sahabat tidak hanya seperti itu, sahabat adalah orang yang mampu mengarahkan kita bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia ini, dia selalu memberi nasehat kepada teman-temannya, ia juga mampu menjadi orang tua kedua bagi kita.
Kalau hanya sekedar mencari Soulmate tempat kita berkeluh kesah, ngobrol kesana kemari yang tidak ada jeluntrungannya itu masih banyak kita temukan tapi yang harus kita cari yakni sahabat yang benar-benar mampu membuat kita lebih baik dalam menjalankan “misi di sebuah planet” ini yakni mencari Ridho Ilahi.

Mereka satu sama lain saling mencintai, mengasihi, menyayangi karena Allah swt. Abu Dawud mengeluarkan hadist dengan para perawi yang terpercaya, dari Umar bin al-Khathab ra., ia berkata; Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah ada sekelompok manusia. Mereka bukan para nabi dan juga bukan syuhada. Tapi para nabi dan syuhada tergiur oleh mereka di hari kiamat karena kedudukan mereka di sisi Allah swt. Para sahabat berkata, “ wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami siapa mereka itu?” Rasulullah bersabda,“ Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai dengan “ruh” Allah, padahal mereka tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama-sama. Demi Allah wajah mereka adalah cahaya. Mereka ada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia takut. Mereka tidak bersedih ketika manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah,” Ingatlah sesungguhnya para kekasih Allah itu tidak mempunyai rasa takut (oleh selain Allah) dan tidak bersedih.

Wednesday 4 March 2009

Wahai teman ku..

Teman,

Kejadian hari ini telah mengajarku

Apa erti persahabatan yang sejati.

Peristiwa hari ini telah membuka mataku

Apa erti persahabatan yang sebenar



Pertempuran hari ini telah menyedarkanku

Kepekaan terhadap perasaan seseorang itu

Amat genting dalam sebuah persahabatan

Perselisihan hari ini telah menginsafkanku

Dari melukai perasaan teman


Setahun lalu ku mengenali dirimu

Tidak cukup untuk mengenal isi hatimu

Aku tidak berhak menegurmu

Kerana diriku belum tentu

Lebih mulia darimu


Aku kehausan

Kemaafan darimu

Persahabatan ini terlalu mulia

Tidak sanggup ku lihat ia

Ditimpa bencana


Ya Rabbi.

Berkatilah persahabatan ini

Jernihkanlah sebarang kekeruhan

Muliakanlah insan yang ku panggil Teman

Sunday 1 March 2009

"5 Petanda Angau"

1) Gelisah apabila dia tidak online diruangan chat Gmail atau YM atau MSN. Kamu jadi geram kerana tiada resit si dia memeriksa e-mel kiriman kamu.
2) Sentiasa mencari alasan supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk meminjam VCD. Padahal VCD tersebut baru sahaja adik kamu beli semalam.
3) Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta. Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya satu-satu pada si dia.
4) Si dia sering sangat memasuki alam mimpi mu sejak akhir-akhir ini.
5) Kamu melihat bayangan wajahnya di mana saja kamu pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga kamu mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.