Iklan sudah

Wednesday 4 March 2009

Wahai teman ku..

Teman,

Kejadian hari ini telah mengajarku

Apa erti persahabatan yang sejati.

Peristiwa hari ini telah membuka mataku

Apa erti persahabatan yang sebenar



Pertempuran hari ini telah menyedarkanku

Kepekaan terhadap perasaan seseorang itu

Amat genting dalam sebuah persahabatan

Perselisihan hari ini telah menginsafkanku

Dari melukai perasaan teman


Setahun lalu ku mengenali dirimu

Tidak cukup untuk mengenal isi hatimu

Aku tidak berhak menegurmu

Kerana diriku belum tentu

Lebih mulia darimu


Aku kehausan

Kemaafan darimu

Persahabatan ini terlalu mulia

Tidak sanggup ku lihat ia

Ditimpa bencana


Ya Rabbi.

Berkatilah persahabatan ini

Jernihkanlah sebarang kekeruhan

Muliakanlah insan yang ku panggil Teman